Tarikh jawapan: 22.11.2024
Betul, di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, penglibatan dalam kartel boleh membawa hukuman penjara. Namun, di Malaysia, Akta Persaingan 2010 tidak memperuntukkan hukuman penjara. Hukuman tertinggi ialah denda kewangan dan arahan pemulihan/ perubahan tingkah laku. MyCC boleh kenakan penalti berat, tetapi bukan hukuman penjara. Jika wujud penipuan atau rasuah, mungkin tertakluk undang-undang lain, misalnya penalti jenayah, tetapi itu bukan di bawah Akta Persaingan. Setakat ini, kita belum peruntukkan pemenjaraan dalam bidang persaingan.