Tarikh jawapan: 02.12.2024
Tidak semestinya. Kerjasama promosi bersama boleh sah jika tujuannya mengembangkan pasaran, meningkatkan kesedaran produk tanpa membataskan persaingan harga. Yang penting adalah tiada elemen penetapan harga, pembahagian pasaran atau kuota pengeluaran. MyCC akan menilai sejauh mana inisiatif itu berkongsi maklumat harga masa depan atau menyingkirkan pesaing lain. Jika semata-mata menggabung sumber pemasaran untuk penjimatan kos, dan setiap syarikat masih bebas tentukan strategi jualan, biasanya boleh diterima.