Tarikh jawapan: 11.12.2024
Jika beberapa syarikat dominan (mungkin beroperasi di segmen berlainan) bersetuju boikot vendor atau mengenakan syarat tidak adil, ini boleh jadi ‘collective dominance’. Meski setiap satu tak dominan, secara kolektif boleh mewujudkan kekuatan pasaran dominan. MyCC akan menilai sama ada mereka bertindak selari, berkongsi kepentingan, dan mempunyai kuasa menekan vendor. Jika ya, 'collective dominance' wujud dan boikot mereka dianggap penyalahgunaan. Konsep ini agak kompleks dan bergantung analisis pasaran. Wujud di beberapa kes luar negara, belum banyak di Malaysia.