Tarikh jawapan: 09.11.2024
Ya, jika institusi melibatkan diri dalam ‘aktiviti komersial’, maka boleh terikat dengan Akta Persaingan 2010. Walaupun universiti awam, jika menawarkan perkhidmatan atau terlibat dalam kontrak komersial, MyCC boleh meneliti sekiranya wujud perjanjian mengekang persaingan. Bagaimanapun, jika fungsinya murni awam atau kebajikan, mungkin dikecualikan. Isu timbul apabila mereka memasuki pasaran seperti penyediaan kursus berbayar, sewa ruang komersial, dsb. Bagi hospital, jika mereka dominan dan menyalahguna, itu juga boleh disiasat.