Tarikh jawapan: 11.01.2025
Conscious parallelism bermaksud firma saling meniru harga tanpa perjanjian formal, sekadar reaksi pasaran. Secara prinsip, ia bukan bukti cukup untuk melabelkan kartel. MyCC perlu tunjukkan bahawa wujud unsur persetujuan atau perbincangan sulit. Dalam pasaran oligopoli, tingkah laku sedemikian boleh berlaku secara semula jadi. Oleh itu, ‘parallel pricing’ semata-mata tak mencukupi untuk sabit kes unless disokong bukti kukuh bahawa mereka bersepakat. Inilah perbezaan di antara perilaku pasaran normal dengan persetujuan haram.