Tarikh jawapan: 13.12.2024
Rekod perubatan umumnya dianggap milik penyedia perkhidmatan kesihatan. Bagaimanapun, pesakit berhak mendapatkan salinan rekod perubatannya. Doktor swasta tidak boleh menahan pemberian salinan rekod semata-mata kerana pesakit belum bayar bil. Menyekat akses boleh dianggap melanggar etika dan mungkin menjejaskan hak pesakit. Namun, klinik boleh menuntut bayaran untuk proses menyalin. Doktor tidak seharusnya guna rekod perubatan sebagai tebusan. Pesakit memiliki hak informasi mengenai rawatannya, walaupun dokumen asal disimpan oleh klinik/hospital.