Tarikh jawapan: 18.11.2024
Tiada akta am yang mewajibkan had umur untuk semua sukan. Setiap persatuan sukan kebangsaan atau antarabangsa menetapkan peraturan umur minimum bagi keselamatan dan tahap persaingan. Contohnya, gimnastik boleh mempunyai syarat umur berbeza berbanding tinju. Terdapat larangan atau sekatan untuk melindungi atlet bawah umur. Penyelenggara kejohanan biasanya merujuk peraturan ini untuk menolak penyertaan peserta di bawah umur jika dianggap tidak sesuai. Walaubagaimanapun, jika tiada sekatan eksplisit, maka remaja berbakat boleh bertanding di kategori dewasa dengan kebenaran persatuan dan waris.