Tarikh jawapan: 21.12.2024
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) menetapkan prinsip utama seperti Notis & Pilihan, Tujuan, Pendedahan, Keselamatan, Penyimpanan dan Integriti Data. Pengguna berhak mengetahui tujuan data dikumpul, cara data digunakan, dan dengan siapa data dikongsi. Syarikat pula wajib mendapatkan kebenaran sebelum mengumpul, menyimpan atau memproses data peribadi. Mereka mesti melindungi data tersebut dengan langkah keselamatan sewajarnya dan hanya menyimpannya untuk tempoh yang munasabah. Kegagalan mematuhi prinsip APDP boleh mengakibatkan penalti denda serta tindakan undang-undang.