Tarikh jawapan: 10.01.2025
Secara am, penjual individu bertanggungjawab ke atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Namun, platform e-dagang juga boleh dipertanggungjawabkan jika mereka gagal mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang penipuan atau tidak mematuhi syarat perlindungan pengguna. Misalnya, di bawah Akta Perlindungan Pengguna, peniaga perlu memaparkan maklumat produk dan harga dengan jelas. Walaupun platform mungkin meletakkan perjanjian 'disclaimer', pihak berkuasa boleh menilai sama ada platform mengabaikan aduan, membiarkan penipuan berleluasa atau mengambil komisen tanpa mengawasi penjual. Kegagalan mematuhi standard boleh mengakibatkan siasatan SKMM atau KPDNHEP.