Tarikh jawapan: 14.01.2025
Setakat ini, tiada peruntukan khusus 'right to be forgotten' dalam APDP Malaysia. Konsep ini wujud dalam GDPR di Eropah, membolehkan individu memohon enjin carian dan pihak lain menghapus data tertentu. Di Malaysia, APDP memberi hak akses, pembetulan dan penarikan kebenaran memproses data, tetapi tiada hak mutlak penghapusan dari Internet. Walaubagaimanapun, seseorang boleh memohon penghapusan kandungan menyalahi undang-undang kepada SKMM atau platform if melanggar hak cipta, fitnah, dsb. Walau tiada 'hak untuk dilupakan', mahkamah boleh memerintahkan penyingkiran kandungan jika ianya melanggar undang-undang.