Tarikh jawapan: 12.01.2025
Phishing ialah cubaan penjenayah memperdaya mangsa agar mendedahkan maklumat sensitif (kata laluan, kad kredit) melalui laman web palsu atau e-mel yang meniru entiti sah. Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 (akses tanpa kebenaran, penipuan komputer) dan Kanun Keseksaan (penipuan). Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia untuk menyiasat. Mangsa perlulah membuat laporan, menyalur bukti e-mel atau URL. Langkah perlindungan termasuk mengesahkan URL sebelum log masuk, mengabaikan pautan mencurigakan, memasang antivirus serta peka tentang e-mel palsu. Jika bank menuntut OTP atau kata laluan melalui e-mel, itu tanda amaran kemungkinan phishing.