Tarikh jawapan: 29.11.2024
Secara am, moral policing bukan tanggungjawab rasmi mana-mana agensi, namun jika kandungan melanggar undang-undang (lucah, menghasut), SKMM boleh bertindak menurunkan kandungan. Tiada entiti boleh menutup akaun seseorang semata-mata kerana pandangan moral kecuali platform media sosial menganggap ia melanggar terma penggunaan. Kerajaan juga boleh menasihati, tetapi penutupan akaun selalunya diputuskan oleh syarikat media sosial. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak memberikan sebarang kuasa mutlak kepada mana-mana individu atau kumpulan untuk memaksa penutupan akaun atas dasar moral semata-mata jika tiada unsur jenayah.