Tarikh jawapan: 22.11.2024
Jika syarikat logistik bertindak cuai atau gagal melaksanakan kawalan asas (misalnya pemeriksaan barang, mematuhi prosedur kastam), mereka mungkin terjerat di bawah undang-undang berkaitan penyeludupan atau Akta Kastam. Namun, jika mereka benar-benar tidak tahu dan telah mengambil langkah munasabah, kebarangkalian didakwa lebih rendah. Secara asas, syarikat logistik wajib patuh pada keperluan deklarasi, melaporkan barangan mencurigakan, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. SKMM tidak terlibat secara langsung, sebaliknya PDRM, kastam, atau agensi anti-narkotik bergantung pada jenis barang haram (senjata, dadah, dsb.).