Tarikh jawapan: 03.11.2024
Syarikat telekomunikasi diwajibkan bekerjasama dengan SKMM dan pihak berkuasa untuk mengesan dan menyekat panggilan palsu. Mereka perlu menyediakan ciri sekatan panggilan spam, menanda panggilan 'suspected scam' atau sekurang-kurangnya bertindak balas terhadap aduan pelanggan. Jika telco dengan sengaja membiarkan rangkaian mereka dipergunakan untuk penipuan, boleh disiasat SKMM kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga integriti rangkaian. Namun, menapis setiap panggilan sukar dilakukan. Kerjasama dengan pihak berkuasa serta kempen pendidikan pengguna juga diperlukan agar orang ramai lebih berhati-hati terhadap scam.