Tarikh jawapan: 25.12.2024
Akta Bekalan Gas 1993 memfokuskan kepada pengawalseliaan bekalan gas untuk kegunaan domestik dan komersial, menetapkan lesen, kawalan tarif, dan standard keselamatan dalam pengedaran gas melalui paip. Sementara itu, Akta Pembangunan Petroleum 1974 memberi Petronas hak eksklusif untuk meneroka, mengeksploitasi, dan mendapatkan hasil petroleum di Malaysia, sekaligus mengatur pembahagian hasil, pengeluaran serta rundingan dengan syarikat minyak asing. Jadi, satu lebih terarah kepada pengedaran dan penggunaan gas di daratan, manakala satu lagi menjurus kepada eksplorasi dan industri petroleum di huluan.