Tarikh jawapan: 08.11.2024
Di Malaysia, tiada satu akta tunggal bagi melindungi komuniti dari projek RE, tetapi penilaian impak sosial dan EIA mungkin diperlukan sekiranya projek besar. Pemaju dikehendaki berunding dengan penduduk setempat, memberi pampasan wajar atas pengambilan tanah, mematuhi Akta Pengambilan Tanah jika penempatan semula diperlukan. SEDA dan Suruhanjaya Tenaga juga menuntut pelan mitigasi kesan sosioekonomi. Meskipun belum sempurna, prosedur sedia ada menuntut pemaju menimbang kepentingan penduduk, dan sebarang pertikaian boleh dibawa ke mahkamah atau rundingan lanjut melalui pihak berkuasa negeri.