Tarikh jawapan: 13.12.2024
Perlombongan pasir di sungai tertakluk pada kelulusan dan kawalan beberapa pihak berkuasa, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, serta JAS. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sekiranya aktiviti perlombongan pasir menjejaskan aliran semula jadi dan mengakibatkan hakisan atau pencemaran, pihak terbabit perlu menyiapkan penilaian alam sekitar (jika berskala besar) dan mematuhi syarat. Tanpa lesen atau melanggar syarat boleh membawa penalti di sisi undang-undang.