Tarikh jawapan: 18.01.2025
Dividen interim ialah dividen yang dibayar sebelum penyediaan akaun akhir tahunan, biasanya mengikut budi bicara lembaga pengarah jika syarikat mempunyai kecairan mencukupi. Dividen akhir biasanya diisytihar selepas akaun tahunan siap, dan pemegang saham meluluskan dalam mesyuarat agung. Lembaga pengarah perlu pastikan syarikat mampu bayar (solvent). Jika amalan dividen interim dibenarkan oleh Konstitusi, persetujuan pemegang saham tidak diperlukan. Namun, sekiranya ada ketetapan dalaman mengkehendaki kelulusan pemegang saham, maka perlu dipatuhi. Pengarah mesti jujur menilai keuntungan semasa, mengelak mengagih melampaui had.