Tarikh jawapan: 30.11.2024
Setakat ini, belum ada larangan penuh untuk iklan makanan segera atau produk tinggi gula. Namun, Kementerian Kesihatan ada kempen kesedaran dan garis panduan agar pengiklan tidak mensasarkan kanak-kanak secara berlebihan. Ada cadangan supaya pengiklanan makanan tidak sihat dihadkan pada waktu siaran kanak-kanak. Tapi ia belum sekeras larangan rokok. Kerajaan menekankan tanggungjawab kendiri industri dan menasihati agar tidak menampilkan tuntutan kesihatan palsu. Jika menipu kandungan nutrisi, maka melanggar Akta Makanan 1983. Beberapa gerakan NGO mahukan pengawalseliaan lebih tegas.