Tarikh jawapan: 23.01.2025
Setakat ini, Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sesama jantina. Undang-undang perkahwinan sivil di bawah Akta 164 mensyaratkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Mahkamah Syariah juga tidak mengesahkan perkahwinan sesama jantina. Walaupun mereka berkahwin di negara lain yang membenarkan, Malaysia tidak akan mendaftar atau mengiktiraf status tersebut. Ini bererti tiada hak suami isteri yang diiktiraf, tiada hak warisan sebagai pasangan sah, dsb. Kerajaan Malaysia tetap menganggap hubungan tersebut tidak sah di sisi undang-undang tempatan.