Tarikh jawapan: 19.11.2024
Walaupun kebebasan bersuara dijamin di bawah Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR), hal ini bukan hak mutlak. Undang-undang fitnah diiktiraf sebagai sekatan yang sah selagi bertujuan melindungi reputasi orang lain, dan peruntukan sekatan mestilah jelas serta berkadar. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB menekankan agar hukuman fitnah tidak melampau, misalnya hukuman jenayah keras, kerana boleh 'menyejukkan' (chilling effect) kebebasan bersuara secara berlebihan.