Tarikh jawapan: 07.01.2025
Tak semestinya salah. Perjanjian eksklusif boleh dibenarkan jika tak menutup persaing daripada akses pasaran. Contohnya, jika syarikat anda bukan dominan dan tempoh eksklusiviti munasabah, MyCC mungkin tiada isu. Namun, jika anda dominan dan mewajibkan pengedar menolak jenama pesaing, itu mungkin salah guna dominan kerana persaing sukar masuk pasaran. MyCC menilai sejauh mana eksklusiviti menghalang pilihan pembeli, potensi pesaing menembusi pasaran, dan tempoh/lingkup sekatan. Kesesuaiannya bergantung kepada situasi pasaran.