Tarikh jawapan: 18.12.2024
Di Malaysia, tiada skim pencen mandatori untuk sektor swasta. Sistem kita bergantung pada KWSP sebagai simpanan wajib ditambah perlindungan PERKESO. Syarikat boleh tawarkan pelan persaraan swasta (PRS) atau 'pencen korporat' secara sukarela. Walau bagaimanapun, belum ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan majikan swasta membayar pencen bulanan kepada bekas pekerja setelah bersara. Sesetengah syarikat multinasional sediakan 'pension scheme' dalaman, tapi itu sukarela. Kebanyakan pekerja swasta bergantung KWSP dan skim insurans/takaful individu.