Tarikh jawapan: 15.12.2024
Aktiviti 'torrenting' filem, muzik, perisian atau apa-apa bahan berhak cipta tanpa kebenaran pemilik hak boleh melanggar Akta Hak Cipta 1987, kerana perkongsian fail torrent melibatkan muat turun dan muat naik serentak (seeding). Walaupun individu itu tidak menjual, mereka mengedar salinan secara tidak sah. Pemilik hak boleh menuntut tindakan undang-undang terhadap seeds atau trackers. Walaupun di Malaysia jarang tindakan keras terhadap downloader individu, risiko tetap ada. SKMM boleh menyekat laman torrent. Pengguna disaran menggunakan saluran sah seperti platform penstriman berlesen untuk mengelakkan isu undang-undang.