Tarikh jawapan: 11.01.2025
Kontrak Indefinite Quantity (IQC) membolehkan kerajaan memesan barangan atau perkhidmatan mengikut keperluan sebenar dalam had masa tertentu dan had peruntukan. Kuantiti tidak ditetapkan secara konklusif, cuma ada kadar harga seunit, serta 'minimum' dan 'maksimum' jumlah pesanan. Kerajaan menempatkan 'order' mengikut keperluan. Ini sesuai untuk bekalan komponen ganti, barangan yang sukar dianggarkan permintaannya. Ia memberi fleksibiliti tanpa perlu melancarkan tender baharu setiap kali. Sementara kontrak biasa menuntut jumlah spesifik dipersetujui sejak awal, IQC sesuai apabila permintaan boleh berubah-ubah sepanjang tempoh kontrak.