Tarikh jawapan: 30.12.2024
Under Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, majikan wajib sediakan persekitaran selamat, termasuk PPE (personal protective equipment) jika risiko pekerjaan memerlukannya. Pekerja boleh menolak melakukan tugas yang berbahaya tanpa PPE sesuai, kerana undang-undang mengiktiraf hak menolak kerja tidak selamat. Pekerja perlu melapor kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) atau Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) jika majikan berdegil. Tindakan punitif ke atas pekerja atas penolakan kerja sebegitu boleh dicabar di Mahkamah Perusahaan sebagai pembuangan tidak adil.