Tarikh jawapan: 13.12.2024
‘Abuse of dominant position’ bermaksud syarikat yang menguasai pasaran secara signifikan menyalahgunakan kedudukannya, contohnya dengan mengenakan harga keterlaluan, menghalang persaing masuk pasaran, atau memaksa kontrak eksklusif yang tak munasabah. Tidak salah menjadi dominan sekiranya dicapai melalui persaingan sihat. Tapi menyalahgunakannya untuk menghalang persaing atau menindas pengguna adalah melanggar Akta. MyCC menilai sama ada syarikat dominan bertindak menekan pasaran dan tidak memberi ruang bersaing.