Tarikh jawapan: 30.12.2024
Yayasan biasanya didaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 atau Akta Syarikat. Board of trustees bertanggungjawab mengurus aset, dana, dan memastikan matlamat sosial tercapai. Mereka memegang amanah harta untuk faedah awam atau sasaran tertentu. Jika berlaku penyalahgunaan dana, pemegang amanah boleh disaman dan disiasat oleh pihak berkuasa. Yayasan cenderung mempunyai mekanisme lebih rapi berbanding persatuan biasa.