Tarikh jawapan: 19.01.2025
Mengikut Akta Syarikat 2016, syarikat wajib memfailkan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan ke SSM setiap tahun. Gagal berbuat demikian boleh sebabkan penalti dan notis daripada SSM. Jika berterusan, SSM boleh menamatkan pendaftaran syarikat melalui 'striking off'. Juga, pemilik syarikat sukar melaksanakan urus niaga seperti pembukaan akaun bank, memohon pinjaman atau perjanjian komersial, kerana dokumen ini diperlukan. Oleh itu, pematuhan pemfailan tahunan penting bagi memastikan status syarikat aktif dan sah.