Tarikh jawapan: 23.01.2025
Di bawah tadbir urus korporat yang baik, lembaga pengarah perlu bermesyuarat secara berkala untuk membuat keputusan penting dan memantau prestasi. Walaupun tiada kekerapan spesifik ditetapkan, kegagalan mengadakan mesyuarat boleh menyalahi Konstitusi syarikat atau kewajipan fidusiari. Pengarah mungkin dipersoal oleh pemegang saham jika ada kerugian akibat ketiadaan kawalan lembaga. SSM boleh mengambil tindakan sekiranya didapati pengarah cuai menjaga hal-ehwal syarikat. Sementara tiada peruntukan denda khusus hanya kerana kurang bermesyuarat, implikasinya boleh timbul jika mengakibatkan pelanggaran lain seperti pemfailan lewat atau kegagalan membuat keputusan kewangan.