Tarikh jawapan: 25.11.2024
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan kerangka asas perundangan yang menyeluruh mengenai sistem pendidikan kebangsaan. Ia menetapkan struktur pendidikan, dasar kurikulum, tanggungjawab pihak berkuasa, peraturan sekolah, termasuk pendidikan swasta, serta mewujudkan keperluan latihan guru. Akta ini memastikan keseragaman dan kualiti pendidikan di seluruh negara.