Tarikh jawapan: 25.12.2024
Sekiranya wartawan memperolehi maklumat tentang rasuah dan mendedahkannya, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 mungkin terpakai jika mereka melaporkan kes itu secara rasmi kepada agensi penguat kuasa. Namun, akta ini lebih menyasarkan pemberi maklumat dari dalam organisasi, bukan semestinya kewartawanan. Wartawan boleh menggunakan hak kebebasan media, tetapi masih terikat undang-undang seperti fitnah, OSA, dsb. Kebanyakan perlindungan bergantung pada budi bicara mahkamah. Mereka boleh dipanggil polis atas alasan mendedahkan maklumat 'sulit'. Oleh itu, walau ada akta, perlindungan bagi wartawan pembongkar tetap terhad, menuntut keberanian peribadi dan sokongan NGO.