Tarikh jawapan: 16.12.2024
Tanda lazim termasuk harga produk/servis yang hampir sama antara pesaing, perubahan harga serentak tanpa sebab kos, kenyataan umum oleh eksekutif bahawa ‘kadar harga stabil’ atau ‘kami setuju tak turunkan harga’, atau penolakan segerak untuk berunding diskaun. Pasaran yang kurang inovasi, sedikit pesaing, dan margin keuntungan tinggi juga mencurigakan. Namun, perlukan bukti kukuh seperti dokumen, e-mel, catatan mesyuarat rahsia. Jika mencurigai, pengguna atau syarikat lain boleh lapor kepada MyCC agar mereka menyiasat.