Tarikh jawapan: 13.01.2025
Ya, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mewajibkan label yang memuatkan nama produk, senarai ramuan (dari kandungan tertinggi ke terendah), berat atau isipadu bersih, tarikh luput atau tarikh guna sebelum, nama dan alamat pengilang atau pengedar, serta maklumat alergen jika berkaitan. Sekiranya tiada label lengkap, produk melanggar peraturan keselamatan makanan. Pihak Kementerian Kesihatan boleh mengambil tindakan termasuk menarik balik produk daripada pasaran. Bagi makanan terproses import, hendaklah ada label dalam bahasa Melayu atau sekurang-kurangnya bahasa difahami pengguna tempatan.