Tarikh jawapan: 26.01.2025
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 meliputi pelbagai kesalahan antaranya penyebaran kandungan berunsur sumbang, lucah, palsu, mengancam atau menyinggung menerusi platform komunikasi. Ia juga merangkumi penipuan dalam talian, pencerobohan rangkaian tanpa kebenaran, penggunaan peralatan komunikasi haram dan penyalahgunaan spektrum. SKMM diberi mandat untuk menyiasat aduan berkaitan, dan pesalah boleh dikenakan denda atau penjara, bergantung pada keseriusan pelanggaran. Tujuannya memelihara keselamatan siber, integriti rangkaian dan menggalakkan penggunaan komunikasi yang bertanggungjawab.