Tarikh jawapan: 03.01.2025
Globalisasi e-dagang mewujudkan transaksi rentas sempadan di mana pembeli dan penjual berbeza negara. Soalan yurisdiksi timbul: adakah perjanjian tertakluk kepada undang-undang Malaysia, atau di negara pembeli? Biasanya, kontrak e-dagang mengandungi 'choice of law' dan 'choice of forum'. Bagi pengguna EU, mereka dilindungi peraturan perlindungan pengguna EU, walaupun peniaga di Malaysia. Terdapat juga isu pelaksanaan keputusan mahkamah asing. Dengan perkembangan ini, syarikat Malaysia perlu mengambil kira undang-undang luar, contohnya Dasar Perlindungan Data EU (GDPR). Walaupun digital, prinsip teritorial masih wujud: jika menarget pasaran tertentu, kita tertakluk peraturannya.