Tarikh jawapan: 29.11.2024
Jika pekerja dibuktikan menandatangani surat resign secara paksaan, ugutan, atau penipuan, maka perletakan jawatan itu boleh diketepikan sebagai tidak sah. Mahkamah Perusahaan menilai sama ada pekerja menulis surat itu secara sukarela. Jika keadaan menunjukkan pekerja diancam (contoh: ‘samada berhenti atau dipecat tanpa faedah’), maka ia boleh dianggap pembuangan secara konstruktif. Pekerja boleh merujuk kes itu dan jika Mahkamah memutuskan wujud paksaan, penamatan disifatkan tidak adil. Justeru, ‘resign terpaksa’ masih boleh dicabar undang-undang.