Tarikh jawapan: 07.01.2025
Polisi proteksionisme merujuk tindakan kerajaan melindungi industri tempatan melalui tarif tinggi, kuota import, subsidi domestik, sekatan perdagangan, peraturan ketat atau manipulasi mata wang. Tujuannya melindungi pekerjaan dan perusahaan domestik, tetapi boleh menjejaskan pengguna dengan harga mahal dan merugikan pengeksport jika negara lain membalas. Sesetengah negara, terutama selepas kejutan ekonomi, condong ke proteksionisme. Namun, Malaysia mengekalkan dasar terbuka bergantung kepada perdagangan luar. Walaupun melaksanakan langkah-langkah tertentu (seperti sekatan beras, kelulusan import besi), Malaysia masih mengutamakan model ekonomi terbuka berasaskan FTA dan penyertaan aktif di WTO.