Tarikh jawapan: 26.12.2024
MM2H ialah program kerajaan Malaysia yang membenarkan warganegara asing tertentu menetap lama di Malaysia dengan visa diperbaharui. Walaupun ia bukan 'pelancongan' biasa, ia sebahagian inisiatif untuk merangsang perbelanjaan domestik dan industri hospitaliti. Pemohon perlu memenuhi syarat kewangan (simpanan minimum, pendapatan bulanan) dan pemeriksaan kesihatan. Program ini dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Ia meningkatkan sektor hartanah, perbelanjaan runcit, dan juga perkhidmatan perbankan, selari matlamat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi persaraan.