Tarikh jawapan: 24.01.2025
Market sharing bermaksud syarikat bersetuju membahagikan pasaran: contohnya, Syarikat A jual hanya di Pantai Barat, Syarikat B di Pantai Timur, atau mereka tetapkan segmen pelanggan tertentu. Ini adalah sejenis kartel mendatar. Mengurangkan persaingan, di mana pengguna tidak dapat manfaat kompetisi rentas sempadan. MyCC menilainya sebagai salah satu bentuk perjanjian paling serius. Syarikat didapati ‘membelah pasaran’ boleh didenda tinggi kerana memandulkan persaingan, menghalang pelanggan dari pilihan lebih luas.