Tarikh jawapan: 19.11.2024
LHDN mengurus segala urusan berkaitan pendaftaran fail cukai, penerimaan dan pemprosesan borang taksiran cukai pendapatan, serta pengiraan taksiran cukai berdasarkan maklumat pendapatan dan potongan individu. Mereka juga menerbitkan panduan, menilai laporan tahunan, menolak atau meluluskan pelepasan cukai, dan jika perlu, melakukan audit untuk memastikan ketepatan maklumat. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, LHDN boleh mengeluarkan kompaun, penalti, atau mengambil tindakan undang-undang.