Tarikh jawapan: 08.11.2024
‘WTO consistency’ ertinya syarat-syarat FTA tidak melanggar prinsip asas WTO (seperti tiada diskriminasi tak wajar di luar skop FTA, pemenuhan GATT Art. XXIV). Sementara ‘WTO plus’ bermaksud FTA itu memperkenalkan komitmen lebih meluas atau mendalam berbanding peraturan minimum WTO, misalnya perlindungan IP lebih ketat daripada TRIPS, liberalisasi perkhidmatan melebihi GATS, bab e-dagang yang tidak wujud di WTO, dsb. Negara sanggup setuju di peringkat FTA untuk menguatkan integrasi ekonomi. Justeru, syarikat akan mengekalkan kepatuhan asas WTO, namun boleh mendapat tambahan keistimewaan dan tanggungjawab di bawah ‘WTO plus’ provisions.