Tarikh jawapan: 09.11.2024
Walaupun saluran TV berbayar (contohnya Astro) mempunyai penonton khusus, larangan iklan rokok kekal tegas di semua saluran, sama ada percuma atau berbayar. Iklan minuman keras atau judi juga tertakluk pada peraturan ketat: biasanya tidak boleh ditayangkan pada waktu umum atau target umum. Kadang-kadang boleh di saluran khusus dewasa selepas jam tertentu dengan penafian jelas. Walau bagaimanapun, operator TV berbayar masih diikat oleh garis panduan MCMC dan Kementerian. Kandungan sensitif tetap harus dipantau. Tidaklah 'bebas' sepenuhnya walaupun sasaran penonton dewasa lebih sempit.