Tarikh jawapan: 12.01.2025
Sekiranya penjamin menanggung liabiliti penuh atas pinjaman perumahan, dan peminjam gagal bayar lalu diisytihar bankrap, bank masih boleh tuntut baki dari penjamin. Jika penjamin juga tidak mampu menyelesaikan hutang, bank boleh memfailkan kebankrapan terhadap penjamin. Penjamin perlu waspada sebelum menandatangani perjanjian jaminan, kerana implikasinya amat besar jika peminjam utama tidak membayar. Tanggungjawab penjamin sama berat dengan peminjam.