Tarikh jawapan: 19.01.2025
Jika kontrak ada klausa timbang tara yang sah, mahkamah akan menangguhkan prosiding litigasi kecuali klausa itu batal, tak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang-undang. Anda boleh mencabar di mahkamah jika klausa dibuat tanpa persetujuan sebenar, ada unsur penipuan, atau melanggar tatacara formal. Jika klausa jelas dan sah, mahkamah cenderung mengiktiraf perjanjian itu mengikut Akta Timbang Tara 2005. Hanya jika alasan berat seperti tiada tandatangan atau persetujuan, barulah mahkamah boleh tolak. Sebaiknya, kalau tak mahu arbitration, kena ubah perjanjian sebelum menandatangani.