Tarikh jawapan: 16.12.2024
Judi dalam talian tanpa lesen adalah haram di Malaysia, selaras dengan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953. Laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan perjudian atau pertaruhan dikategorikan menyalahi undang-undang. SKMM boleh mengambil langkah menyekat akses ke laman tersebut setelah mendapat permintaan rasmi daripada pihak berkuasa. Sekiranya pengendali atau pengguna dikenal pasti, mereka boleh dikenakan tindakan jenayah termasuk denda dan penjara. Meskipun beberapa laman judi beroperasi dari luar negara, SKMM bekerjasama dengan penyedia Internet untuk mengekang capaian tempatan.