Tarikh jawapan: 14.11.2024
Ya, di bawah seksyen 127 Akta Syarikat 2016, syarikat awam dibenar membeli semula sahamnya di pasaran tertakluk kepada kelulusan pemegang saham melalui resolusi khas dan syarat kewangan tertentu (syarikat mesti berkeupayaan membayar hutangnya, dsb.). Pembelian balik saham boleh menaikkan nilai pasaran saham yang tinggal, memberi pulangan tunai kepada pemegang saham, atau mengelakkan pengambilalihan tidak dikehendaki. Saham yang dibeli balik boleh disimpan sebagai 'treasury shares' atau dibatalkan. Syarikat perlu penuhi syarat keadilan kepada pemegang saham dan pematuhan peraturan Bursa Malaysia bagi syarikat tersenarai.