Tarikh jawapan: 21.01.2025
Ya, Akta Syarikat 2016 mensyaratkan pengarah yang mempunyai kepentingan (direct atau indirect) dalam urus niaga syarikat, sama ada kontrak atau transaksi, mesti membuat pendedahan kepada lembaga pengarah. Ini demi mengelakkan konflik kepentingan dan melindungi kepentingan syarikat. Pendedahan perlu direkodkan dalam minit mesyuarat. Sekiranya pengarah gagal menyatakan kepentingan, itu melanggar kewajipan fidusiari dan boleh dikenakan tindakan. Pengarah juga wajib menjauhkan diri daripada mengundi keputusan berhubung urus niaga tersebut.