Tarikh jawapan: 07.01.2025
Walau projek kecil, kontrak bertulis tetap penting. Isikan butiran kerja: skop, lukisan ringkas, jenis bahan, jadual siap, kos dan kaedah bayaran, tanggungjawab tukang jika rosak. Letakkan klausa pampasan jika lewat atau kualiti tak mengikut. Tanpa dokumen, susah menuntut ganti rugi. Akta Kontrak 1950 sahkan perjanjian lisan boleh, tapi sukar bukti. Format ringkas pun mencukupi, asalkan jelas. Gambar 'before-after', resit bahan, dan surat setuju harga boleh dijadikan lampiran. Ini mengelakkan pertikaian kelak.