Tarikh jawapan: 05.11.2024
Content creator di media sosial, termasuk influencer, tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang fitnah. Menyebarkan kandungan palsu, menghasut, mencemarkan nama baik atau melanggar hak cipta boleh dikenakan tindakan. SKMM boleh menurunkan kandungan atau mengambil tindakan lanjut. Malah jika influencer mempromosi produk tanpa pendedahan penajaan, ia boleh dianggap salah laku iklan. Oleh itu, content creator mesti berhati-hati dengan ketepatan maklumat, menghormati hak pihak lain dan mematuhi etika periklanan. Jika melanggar, mereka berdepan denda atau sekatan akaun.